DADAH

Definisi Dadah

Dadah atau dengan bahasa inggerisnya “drug” adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita. Apabila mendengar sahaja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan. 



Dadah menurut Kamus Dewan Bahasa – Inggeris, makna perkataan “Drug” bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada “Drug”, perkataan “Use”, “Misuse” atau “Abuse” perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan “drug”. Contohnya “drug abuse” atau “misuse of drug” yang membawa maksud penyalahgunaan dadah. Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenios bahan yang mendatangkan memudaratan kepada kesihatan seseoarang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya.


Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah di dalam hidup anda. Ubat-ubatan seperti “paracetamol” dan “antibiotic” membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat. Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai “caffeine”. Tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, pengunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang. 


Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpama ini. Jenis dadah seperti kokain, ganja, heroin, syabu, dan “ecstasy” diambil untuk mengubah perasaan dan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai “dadah yang disalahguna”.



Dadah dan Ciri-cirinya
  1. “Dadah” ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:- 
  2. Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang); 
  3. Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang; 
  4. Diperolehi secara haram; 
  5. Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah; 
  6. Mendatangkan kesan-kesan buruk/bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial.



Jenis-jenis Dadah



Dadah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut:-
  • Opiat - heroin, morfin, candu dan kodein;
  • Kanabis - ganja, hashish;
  • Depresen - sedatif-hipnotik jenis barbiturat dan bukan barbiturat serta tranquilizer;
  • Stimulan - jenis amfetamin dan kokain; dan
  • Halusinogen - lysegic acid diethylamide (LSD), meskalin, psilosibin.
**Takrif dadah tidak meliputi bahan-bahan pelarut (gam dan petrol), alkohol dan tembakau walaupun bahan-bahan ini mempunyai banyak persamaan dengan dadah dari segi kesannya.

**Dadah haram yang biasa digunakan termasuk ganja, heroin, kokain, amphetamine dan methamphetamines dan ubat kelab. Senarai ini memberikan contoh nama komersial dan jalan mereka, bagaimana ia ditadbir, kesannya, risiko kesihatan dan maklumat lain.






Kesan Penggunaan : Euforia; kelonggaran; masa reaksi perlahan; persepsi deria; baki dan koordinasi terjejas; peningkatan kadar denyutan jantung dan selera makan; pembelajaran terjejas, ingatan; kecemasan; serangan panik; psikosis 

Risiko Kesihatan: Batuk; jangkitan pernafasan yang kerap; Kemungkinan penurunan kesihatan mental; ketagihan






Kesan penggunaan: Ice /Syabu mengakibatkan penurunan berat badan secara mendadak.  Ianya lebih merbahaya sebagai perangsang kepada sistem saraf pusat dan merupakan sejenis dadah yang berpotensi untuk disalahgunakan dan juga boleh menyebabkan ketagihan yang berterusan, jarang tidur, hilang selera makan, bimbang berpanjangan, kulit kering dan gatal-gatal, hilang daya ingatan, strok atau mati.






Kesan penggunaan: Pernafasan perlahan, rasa pening dan keliru, mual dan muntah-muntah, cirit-birit, hilang selera makan.





Kesan Penggunaan: Euforia; mengantuk; koordinasi terjejas; pening; kekeliruan; loya; penenang; perasaan berat di dalam badan; melambatkan atau menahan pernafasan 


Risiko Kesihatan: Sembelit; endokarditis; hepatitis; HIV; ketagihan; overdosis maut






Kesan Penggunaan: Kadar jantung meningkat, tekanan darah, suhu badan, metabolisme; perasaan kegembiraan; peningkatan tenaga, kewaspadaan mental; gegaran; mengurangkan selera makan; kesengsaraan; kecemasan; panik; paranoia; kelakuan ganas; psikosis 

Risiko Kesihatan: Berat badan; insomnia; komplikasi jantung atau kardiovaskular; strok; sawan; ketagihan,
kerosakan hidung dari snorting




Kesan dadah dapat dilihat dari 4 sudut iaitu:-

1. Akibat keatas penagih


Akibat yang jelas ialah dari segi tingkahlaku diri penagih itu sendiri.Si penagih akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih-penagih dadah , penjenayah serta penipu .Ia tidak bertanggungjawab kepada kerja atau persekolahannya.Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus , lemah tenaga ,malas dan kelihatan berada dalam khayalan, penagih boleh kehilangan tenaga seks, pitam, pengsan, berperasaan ganas, rasa ketagihan yang berlebihan, sakit perut dan berkemungkinan mati kerana mengambil dadah yang berlebihan .Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah dan ia mudah dijangkiti pelbagai penyakit seperti kancing gigi, mandul dan sebagainya.


2. Akibat keatas keluarga penagih


Maruah dan nama baik keluarga penagih akan tercemar di kalangan masyarakat . Diri penagih boleh menjadi beban kepada keluarga kerana terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya. Harapan ibu bapa ke atas anak yang telah terlibat dengan dadah telah musnah. Rumah tangga akan menjadi porak peranda. Perpisahan dan peceraian antara ahli keluarga mungkin berlaku.


3. Akibat keatas masyarakat


Suasana hidup dalam masyarakat tidak lagi tenteram kerana terdapatnya kejadian mencuri, merompakdan lain-lain yang dilakuakn oleh penagih –penagih yang memerlukan wang untuk membeli dadah. Perpaduan,pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan anak muda dengan dadah.Persengketaan dan perselisihan faham antara sebuah keluarga dengan keluarga yang lain boleh terjadi akibat penglibatan anak-anak dengan dadah.


4. Akibat keatas negara


-Kehilangan/kerugian pengurangan daya pengeluaran ekonomi
-Kos bagi menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan dan pemulihan penagih dadah
-Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan
-Kos kerana kerugian akibat daripada aktiviti-aktiviti jenayah yang berkaitan
-Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasan seperti menambahkan bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara , makamah, hospital dan sebagainya




Di bawah adalah contoh video tentang kesan penyalahgunaan dadah :-




Comments

Popular posts from this blog

PENGENALAN KUMPULAN