INTERNET

Definisi Internet

Internet merupakan singkatan dari Interconnected Network.Internet adalah kumpulan komputer yang terhubung satu dengan yang lain dalam sebuah jaringan. Disebut jaringan yang saling terhubung karena internet menghubungkan komputer dan jaringan-jaringan komputer yang ada di seluruh dunia menjadi sebuah jaringan komputer yang sangat besar.
Begitu banyak perkhidmtan yang ditawarkan oleh jaringan internet, bahkan banyak pengguna yang tidak bijak dalam menggunakan internet jika sudah berhadapan dengan peranti mereka, baik laptop, komputer, ataupun telefon bimbit. Ini jelas menjadi suatu masalah, apalagi belakangan ini banyak layanan seperti media sosial, misalnya ,IG ,twitter, facebook, dan lain-lain.Bagaimanapun, kemudahan akses internet yang sepatutnya digunakan untuk tunjang pendidikan dan segala sesuatu yang berunsur positif justeru disalahgunakan.Terdapat banyak kes jenayah akibat rangkaian siber, yang merupakan rangkaian yang sangat popular dengan golongan remaja, di sini adalah kesan positif dan negatif dan faktor penyalahgunaan internet untuk hiburan yang melampau.

Jenis hiburan melampau melalui Internet :-


Berjudi dalam talian


Golongan yang berjudi kini terdiri daripada golongan yang lebih muda dengan jumlah mereka yang mencuba nasib berjudi di internet semakin meningkat.
Remaja biasanya berjudi melalui internet kerana ia tidak dikawal selia. Mereka jelas akan dihalang berjudi di kasino kerana umur mereka. Jadi mereka berpaling kepada kasino dalam talian. 

Selain perjudian di kasino dalam talian, terdapat juga penjudi muda serendah usia 13 yang bertaruh keputusan perlawanan bola sepak di sekolah.
golongan muda terjebak dengan perjudian kerana ramai daripada mereka mahukan cara yang pantas untuk mendapatkan wang.


Keyboard warrior 

Kini dengan kewujudan laman sosial telah banyak melahirkan golongan keyboard warrior. Keyboard warrior atau dikenali sebagai juara papan kekunci ditafsirkan sebagai  individu dalam masyarakat yang cuba menjadi pakar dengan menyampaikan sesuatu pandangan yang dirasakan sahih baginya tetapi hanya berani ‘menyorok’ di sebalik skrin komputer. Kehadiran mereka dirasai seluruh pengguna laman sosial apabila berlaku sesuatu isu.
Dengan lebih lanjut, golongan ini adalah individu yang suka meluahkan kemarahan dan emosinya terhadap sesuatu isu dengan cara tidak langsung. Ini kerana mereka tidak mampu meluahkannya secara langsung dan mungkin bagi mereka dengan menyatakan pendapat mereka tanpa usul periksa di media sosial adalah sesuatu yang memuaskan. Selain itu juga,kerana mereka ingin menambah bilangan pengikut mereka di media sosial seperti Instagram,Facebook,Twitter dan sebagainya.

Perlakuan ini terus meluas apabila individu ini cuba mempertahankan pendapatnya walaupun tidak dikira penting oleh orang lain.Contohnya perdebatan tentang sesuatu isu yang dimuat naik di laman sosial akhirnya menjadi pergaduhan para keyboard warrior yang tidak bersependapat. Isu tersebut akan menjadi semakin besar apabila semakin ramai yang terlibat dalam perdebatan tersebut. Mereka dapat ditafsirkan sebagai ‘baling batu, sembunyi tangan’

Menonton video yang berunsur negatif

Remaja yang kurang berfikiran matang senang dipengaruhi oleh unsur-unsur negatif yang dipaparkan dalam laman web internet. Misalnya, paparan budaya kuning, aksi-aksi keganasan dan lain-lain. Maka, remaja akan meniru aksi-aksi yang menjejaskan nilai murni yang telah dipupuk dalam sanubari mereka sejak bangku sekolah. Lagipun, ada juga yang terikut-ikut dengan budaya hegemoni Barat dalam hidup dan mengalami keruntuhan akhlak






Pembelian Online


Hari ini dengan internet mudah alih yang begitu mudah diakses, lebih ramai pengguna kini beralih kepada pembelian barangan secara talian (shopping online) untuk semua keperluan mereka. Pakaian, kasut, produk elektrik, malah barangan runcit kini boleh dibeli melalui internet. Membeli-belah dalam talian atau pembelian dalam talian ialah proses yang pengguna lakukan untuk membeli produk atau  perkhidmatan dalam Internet. Kedai dalam talian, e-kedai, kedai internet, kedai sesawang, atau kedai maya kesemuanya adalah padanan dalam talian kepada peruncit bata dan  pusat membeli belah dan ketagihan pembelian secara atas talian telah menyebabkan kebanyakan individu akan membeli dalam kuantiti yang banyak tanpa mereka sedar yang mereka sebenarnya sudah melakukan banyak pembaziran kerana sesetengah daripada mereka terlalu obses dengan barangan yang paling terkini.Pembelian secara atas talian lebih mudah jika dibandingkan dengan pembelian di kedai kerana menjimatkan masa dan pengguna sentiasa mengetahui barang yang paling terkini dan ianya sekaligus menyebabkan mereka sentiasa ingin membeli secara atas talian kerana cara pembeliannya yang mudah.


Media sosial 

Kajian mendapati penggunaan jaringan media sosial juga memberi kesan negatif terhadap kesihatan kanak dan remaja belasan tahun. Mereka mudah mengalami keresahan, kemurungan dan masalah psikologi lain. Mereka juga terdedah kepada masalah kesihatan pada masa jangka panjang. Selain keburukan tersebut, Facebook juga didapati punca yang menyebabkan seseorang itu mengalami masalah hilang fokus dan memberi kesan negatif terhadap prestasi pembelajaran. Beberapa kajian mendapati pelajar sekolah menjenguk Facebook sekurang-kurangnya setiap lima belas minit sekali mencapai gred yang rendah.

Dengan penambahan aplikasi seperti permainan "games" di dalam laman sosial Facebook turut menyebabkan lagi para pelajar malas untuk mengulangkaji pelajaran. Mereka lebih gemar membuang masa dengan perkara hiburan seperti sembang kosong ‘chatting’ bersama kawan-kawan, menonton video, berbalas komen, dan lain-lain lagi. Hal ini akan menyebabkan bukan sahaja memberi kesan yang buruk terhadap pembelajaran malah melalaikan para remaja.




Di bawah adalah contoh video tentang hiburan melampau dari segi internet :-



Comments

Popular posts from this blog

PENGENALAN KUMPULAN